TENGKU ZAFRUL AZIZ

Maklumat Diri
Asal
Hospital Besar Kuala Lumpur
Tarikh lahir
25/6/1973
Pasangan
YM Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad
Anak
4

Tengku Zafrul Aziz merupakan calon BN(UMNO) bertanding bagi kerusi Parlimen P96(KUALA SELANGOR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz (lahir 25 Jun 1973) merupakan seorang ahli Dewan Negara, pelabur dan tokoh korporat Malaysia yang kini dilantik dalam kabinet Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020.

Beliau sebagai pengurus bank yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad iaitu sebuah bank universal ASEAN terkemuka, serta pemimpin dunia dalam kewangan Islam.

Beliau juga ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad[4] dan Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga TBK.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri Kewangan
  • Penasihat Presiden Tenaga Nasional Berhad
  • Pengarah pengurusan berkumpulan ECM Libra
  • Ketua pelaburan perbankan Citigroup Malaysia
  • Pengarah perkumpulan Kenanga Holdings Berhad
  • CEO Maybank Investment Berhad
  • CEO CIMB Bank
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Sri Petaling
  • Sekolah Rendah Bukit Bintang
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  • A Level di Sherborne School Dorset, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari Universiti Bristol, United Kingdom.
  • Sarjana Sastera (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom.
  • Sarjana untuk kali kedua dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tsinghua PBCSF (People’s Bank of China School of Finance),
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P96 Kuala Selangor

Kerusi Bertanding DUN: Tiada