Parti MCA berpeluang untuk menang sekali gus merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang di dalam Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan aura Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, aura yang ada pada Ismail Sabri yang bertanding di kerusi Parlimen itu boleh memberi satu kelebihan untuk menawan pengundi di DUN Triang.
Menurutnya, calon baharu yang merupakan Ketua Pemuda MCA, Yee Cheng Hwa menjadi taruhan BN buat pengundi di kawasan terbabit.
Cheng Hwa bakal berentap dengan penyandang kerusi itu, Leong Yu Man dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pula mengemukakan calon Melayu iaitu Muhammad Izzuddin Zulkifli.