NOORTAIP BIN SUHAILI SUALEE

Noortaip Bin Suhaili Sualee merupakan calon Bebas bertanding di kerusi parlimen P170 Tuaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Sejak berusia belasan tahun, beliau dikenali seorang pemuda yang berfikiran kritis. Setiap kali ada peluang, dalam sesuatu majlis dialog misalnya, beliau akan tetap berdiri menyuarakan pandangan demi kebaikan masyarakat.

Datuk Haji Noortaip Suhaili, kelahiran Tuaran pada 15 Mei  1952,  adalah salah seorang veteran UMNO yang memiliki peranan penting dalam proses bertapaknya UMNO di negeri ini.

Beliau adalah mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran (2001-2004). Sebelum itu, beliau adalah Setiausaha Penaja UMNO Bahagian Tuaran (1990-1991), Ketua UMNO Cawangan Kampung Penimbawan Tuaran (1990-1994).

Penglibatannya dalam politik sebagai Ahli USNO Cawangan Kampung Penimbawan Tuaran (1970-1976). Pada tahun 1976-1987, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Berjaya Bahagian Sulaman dan turut terpilih sebagai Exco Pemuda Parti Berjaya pada 1986.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia
  • Yayasan Penjaja dan Peniaga Malaysia
  • AMP Kebangsaan dan Bendahari Negeri BARA Malaysia
  • Pengerusi Biro Aduan Pengguna Daerah Tuaran
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P170 Tuaran

Kerusi Bertanding DUN: Tiada