ARMISHAH SIRAJ

Armishah Siraj mencatat sejarah tersendiri apabila pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar (MB) Kedah yang berbeza parti politik.

Peluang bersama dengan tiga menteri besar iaitu masing-masing dua dari Barisan Nasional (BN) dan terbaharu, Pas ternyata memberi pengalaman berharga serta cabaran kepada Armishah sejak mula bertugas pada 1999.

Beliau antara lapan calon muka baharu diperkenalkan BN Kedah untuk merebut kerusi Parlimen.

Armishah Siraj merupakan calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen P4-LANGKAWI pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Tadbir Negeri Kedah
  • Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar (MB) Kedah

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P4 Langkawi

Kerusi Bertanding DUN: Tiada