Petronella Usun merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi parlimen P167 Kudat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15
.Nur Alya Humaira Binti Usun Abdullah juga dikenali sebagai Petronella Usun.Merupakan anak jati Kudat, dilahirkan di Hospital Kudat dan membesar di Kg. Andab Bangau, Kudat.
Telah memeluk agama Islam pada 14 Februari 2011 di Kuala Lumpur.Petronella merupakan etnik Rungus dan sangat fasih bertutur serta memahami bahasa etnik Rungus.
Pengalaman bertahun-tahun di lapangan menyantuni masyarakat, melihat keadaan dan keperluan masyarakat membuatkan saya dengan hati rela untuk bersama-sama dengan YBrs Tuan Hj Nicholas Sylvester (aktivitis kebajikan dan kemasyarakatan dalam dan luar Malaysia serta Ketua Negeri, Parti PEJUANG Tahahair Sabah) untuk berada dalam politik, mengubah landskap politik berintegriti, membawa politik bersih agar dapat menjadi sebahagian daripada insan serta kumpulan yang membawa perubahan terbaik dari segala aspek kepada negeri Sabah khasnya dan negara Malaysia amnya.