Rashid Bin Abdul Harun merupakan calon Warisan bertanding di kerusi parlimen P.167 Kudat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Rashid dalam satu kenyataan hari ini berkata visi pemimpin-pemimpin Parti Warisan terhadap Parlimen Kudat memang berbeza sekali dengan visi pemimpin dari Malaya seperti Zahid Hamidi/BN, Muhyiddin Yasin/PN dan Anwar Ibrahim/PH yang menganggap Kudat hanyalah sebuah kerusi Parlimen bernombor 167 yang mungkin diperlukan ataupun mungkin tidak dalam usaha mereka untuk berkuasa di Putrajaya.