Mustaffar Kamal Ab Hamid merupakan calon Barisan Nasional mewakili Parti UMNO bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N12 Beserah, Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Memurut beliau, pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah menunjukkan respons positif untuk menyokong dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, itu antara dapatan hasil gerakan kerja dan pertemuan yang dilakukan sejak dari awal sehingga berlangsungnya kempen PRU15.