Wan Azliana merupakan calon GTA(PEJUANG) bertanding bagi kerusi Parlimen P115(BATU) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Wan Azliana Wan Adnan lahir pada 25 November 1976 di Kuala Terengganu. Wan Azliana lulus dengan ijazah Undang-undang dari University of Liverpool dan menerima Sijil Amalan Undang-undang (CLP) pada tahun 2000. Pada masa ini, beliau berkhidmat sebagai peguam di Tetuan WA Wan Adnan & Associates, di mana beliau adalah Pengasas dan Rakan Kongsi sejak 2003.
Beliau kini merupakan Pengerusi Pemusnah Rasuah, Selangor & Wilayah Persekutuan, serta Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA)