Abdul Rashid Yob merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Gagasan Bangsa bertanding bagi kerusi Parlimen P11- PENDANG pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau merupakan seorang pesawah, usahawan dan aktivis yang rapat dengan komuniti kampung, sekolah dan petani. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pertanian padi dan menjadi pesawah sejak pulang ke kampung pada tahun 2005 daripada Pulau Pinang dimana beliau bekerja sejak tamat sijil kemahiran Malaysia
Beliau adalah YDP PIBG sekolah.Selain itu, beliau giat membantu para pesawah lain sebagai Ketua Unit Peladang dan sering diundi sebagai wakil PPK untuk ke mesyuarat PPN Kedah. Beliau sering muncul dikaca TV dan akhbar sebagai jurucakap kepada NGO PeSAWAH, beliau dikenali bukan sahaja di Kedah malah dikalangan ahli-ahli dan penyokong PeSAWAH di seluruh negara khususnya dan komuniti pesawah padi amnya.