Awang Hashim merupakan calon Perikatan Nasional mewakili PAS bertanding bagi kerusi Parlimen P11-Pendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 31289 undi.
Yang Berhormat Datuk Haji Awang Solahuddin bin Hashim adalah ahli politik Malaysai berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Pendang, Kedah bertanding di atas tiket Pas.
Dalam parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia.