FARIQUE ZUBIR ALBAKRI

Farique Zubair merupakan calon PN(PAS) bertanding bagi kerusi Parlimen P100(PANDAN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Berorientasikan perincian, cekap dan teratur secara profesional serta berpengalaman luas di dalam bidang perakaunan, nasihat percukaian dan jaminan kualiti. Memiliki kemahiran analitikal dan kemahiran menyelesaikan masalah yang bagus, dengan kemampuan untuk membuat sesuatu keputusan yang sangat baik.

Sangat boleh dipercayai, dapat menyesuaikan diri dengan baik dan suka bekerjasama agar terus maju dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Diiktiraf sebagai orang yang cepat mempelajari sesuatu yang baharu dan mampu bekerja di bawah tekanan bagi memenuhi kehendak sesuatu tarikh akhir yang telah ditentukan, selain daripada menguasai kemahiran yang diperlukan dalam memberikan sumbangan positif terhadap sesuatu organisasi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Akauntan Bertauliah Farique Zubir & Co.
  • Pengurus Firma Audit Swasta
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia 
  • Ahli Akauntan Profesional bertauliah Asean. 
Pendidikan:
  • SMK Agama Kuala Lumpur (SMAKL) 

  • Diploma Perakaunan,Universiti Teknologi Mara (UiTM)

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan,Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P100 Pandan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada