AHMAD IDHAM AHMAD NAZRI

Maklumat Diri
Asal
Alor Setar, Kedah
Tarikh lahir
1/1/1974
Pasangan
Jameah 'Amy' Aziz
Anak
4 anak

DR. AHMAD IDHAM AHMAD NAZRI merupakan calon PEJUANG yang bertanding di parlimen P132 Port Dickson, Negeri Sembilan pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Ahmad Idham ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia, terkenal dengan peranan lakonan dan gaya pengarahan. Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA). Pada September 2020, beliau berjaya menamatkan pengajian doktor falsafahnya di Universiti Utara Malaysia dan memperoleh kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan. Beliau membuat tesis berkenaan tajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu.

Antara filem-filem terkenal beliau ialah Mr.Cinderella  (2002),Remp-It (2006), Tentang Bulan (2006),Jangan Pandang Belakang (2007), Adnan Semp-It (2010), Cuti-Cuti Cinta (2010), Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), Lari (2013) dan Cinderella (2013).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pelakon
  • Pengarah
  • Penerbit
  • Ketua Executive Finas (5 Jun 2020 – 12 September 2021)
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur 
  • Universiti Teknologi MARA 
  • Universiti Utara Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P132 Port Dickson

Kerusi Bertanding DUN: Tiada