ZURAIDI ISMAIL

Zuraidi Ismail merupakan calon Pakatan Harapan (PKR) bertanding bagi kerusi Parlimen P082 Indera Mahkota bersama-sama Datuk Quek Tai Seong dari Barisan Nasional (MCA), Datuk Seri Saifudin Abdullah, calon Parti Perikatan Nasional (Bersatu) dan Mohamad Nor Sundari calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang dalam politik adalah Setiausaha Negeri Pahang, Timbalan Ketua Cabang, Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Keadilan Pahang Setiausaha Pengelola Negeri Pahang dan Timbalan Ketua Penerangan cabang, Keadilan Indera Mahkota. 

Beliau adalah lulusan Universiti Teknologi MARA bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (2005) dan Universiti Teknologi Malaysia bagi Kejuruteraan Petroleum. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Jurutera Perunding, Veritas Contract, Pejabat tapak Aira Residence Damansara (2020-2021)
  • Jurutera Perunding, Petareka consulting Engineers, Pejabat Tapak Projek Parcel F, Putrajaya (2016-2019)
  • Jurutera Perunding, DPI Konsult, pejabat tapak Projek Hospital Pengajar UIA, Kuantan (2013-2016)

Penglinatan Politik:

  • Penyelaras Parlimen Indera Mahkota di Parti Keadilan Rakyat Parlimen Indera Mahkota, Keadilan Pahang (2022)
  • SU Pengelola Negeri Pahang, Timbalan Ketua Cabang, Penyelaras Parlimen IM, Keadilan Indera Mahkota (2021)
  • Timbalan Ketua Penerangan cabang, Keadilan Indera Mahkota (2016)
Pendidikan:
  • Universiti Teknologi MARA - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (2005)
  • Universiti Teknologi Malaysia - Kejuruteraan Petroleum (1989)
  • SM Teknik Tuanku Jaafar 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN: Tiada