MOHAMAD NOR SUNDARI

Dr Mohamad Nor Sundari merupakan calon Gerakan Tanah Air (Pejuang) bertanding bagi kerusi Parlimen P82 Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Traumatologi di hospital swasta dan Ketua Jabatan Ortopedik HTAA (2005) & Hospital Mentakab.

Manakala, jawatawan yang pernah disandang dalam politik adalah Pengerusi Parti Berjasa Negeri Pahang,Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang dan Ahli Dewan Kepimpinan Nasional Parti Berjasa Malaysia.

Beliau adalah lulusan Sub-kepakaran Pembedahan Tulang Belakang (Adelaide), Sarjana Pembedahan Ortopedik (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (UM).

Menurut beliau, politik sekarang menunjukkan ada dua pertembungan iaitu di antara agenda rakyat dengan agenda politik.

Rakyat mahukan agenda yang memberikan kelebihan yang besar pada mereka terutamanya berkaitan kos sara hidup dan penetapan kadar gaji minimum.

Agenda politik pula banyak berkisarkan pada soal kekuasaan yang mementingkan diri mereka sahaja.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Traumatologi di hospital swasta (2006-kini)
  • Ketua Jabatan Ortopedik HTAA (2005) & Hospital Mentakab (2001-2004)

Penglibatan Politik:

  • Pengerusi Parti Berjasa Negeri Pahang (2019-kini)
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang
  • Ahli Dewan Kepimpinan Nasional Parti Berjasa Malaysia

Penglibatan Masyarakat:

  • Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuantan (2015-2019)
  • Mantan Pengerusi Ahli Jemaah Pengurus & PIBG Al-Irsyad Kuantan
  • Pengerusi Surau Ar-Raudhah Indera Mahkota 13 (IM13) Kuantan
  • Ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Al-Irsyad Berhad
  • Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Akademik Ikatan Al-Makmur | Maahad Tahfiz Integrasi Al-Makmur
  • Pengasas Akademik Tahfiz Indera Mahkota (Thfiaz Harian & KAFA)
  • Mantan Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
  • Mengetuai Misi Banjir I-Medik (Pantai Timur)
  • Misi Perubatan & Kemanusiaan di Ambon, Nias & Acheh di bawah Mercy Malaysia
  • Ketua Misi Perubatan ke Gaza Palestin 2013 dan 2014 di bawah Aman Palestin
Pendidikan:
  • Sub-kepakaran Pembedahan Tulang Belakang (Adelaide) - 2004
  • Sarjana Pembedahan Ortopedik (UKM) - 1998
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (UM) - 1991
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN: Tiada