Muhammad Hanis Asmui Md Salleh adalah calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Maharani, Johor pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.
Kerusi DUN Maharani menyaksikan pertembungan enam penjuru di antara Muhammad Hanis dengan calon yang juga penyandang kerusi, Nor Hayati Bachok (Pakatan Harapan), calon Perikatan Nasional, Abdul Aziz Talib; calon Barisan Nasional, Noor Farah Samsuddin; calon Parti Pejuang Tanah Air, Riad Ahmad dan seorang calon bebas, Lim Kim Joo.