Suraya Sulaiman adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N9 Gambir, Johor pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.
Beliau berpengalaman dalam bidang pengurusan dan sumber manusia.
Suraya mahu memperjuangkan nasib wanita dan keluarga malah aktif bersama Pejuanita (Sayap Wanita) Parti Pejuang Tanahair.