Nur Afiqah M Zulkifli adalah calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Bukit Kepong, Johor pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.
Beliau berhasrat membawa pembangunan di kawasan luar bandar kerana beranggapan kemajuan yang dikecapi di Johor ketika ini tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.