AMIRA AISYA ABD AZIZ

Amira Aisya Abd Aziz adalah calon baharu parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun 2022.

Amira Aisya merupakan seorang ahli Johor Student Leaders Council (JSLC) sewaktu berusia 16 tahun dan kemudian menjadi seorang perancang strategik dan panel penasihat di Johor Student leaders Council Alumni (JSLCA) ketika berumur 18 tahun.

Sepanjang di JSLCA, Amira Aisya telah melatih lebih 10,000 pemimpin pelajar di seluruh Johor dan merupakan Pengarah Model United Nations Johor ke tiga buah negara.

Beliau juga menjayakan Model United Nations pertama di Johor untuk pelajar-pelajar sekolah harian dan pernah dilantik menjadi jurulatih kepimpinan untuk Program Duta Jauhar 3.0, sebuah program keusahawanan sosial untuk mahasiswa-mahasiswa Johor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Model United Nations Johor

Jawatan dalam parti:

  • Setiausaha Agung MUDA
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Sultan Ibrahim Girls School
  • Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girls School
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Ikatan Demokratik Malaysia
Parti: MUDA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Johor

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Johor- P158 Tebrau N41 Puteri Wangsa