JOHNICAL RAYONG NGIPA

Johnical Rayong Ngipa adalah calon Parti Sarawak Bersatu (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri N33 Engkilili pada Pilihan Raya Negeri  (PRN)  Sarawak ke-12.

Beliau merupakan Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu dan Ketua Pemuda PBS.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Lubok Antu Dr Johnical Rayong Ngipa percaya prestasinya sebagai wakil rakyat yang sangat dekat dengan rakyat akan memenangi hati pengundi.
Menurutnya, beliau lebih berpengalaman berbanding calon lain bagi kerusi Parlimen Lubok Antu, justeru beliau tahu apa yang diperlukan oleh rakyat di sana.

“Saya tahu pasti apa yang orang Lubok Antu mahukan. Mereka memerlukan pendapatan mereka untuk menjadi lebih baik manakala pihak lain menjanjikan perkara seperti infrastruktur yang baik untuk Lubok Antu, perkara pertama yang saya akan perjuangkan untuk memperbaiki adalah rezeki mereka.

Selain itu, beliau juga berharap pengundi memilih parti Sarawak pada PRU15 kerana hanya parti Sarawak yang tahu menjaga rakyat Sarawak dengan baik.

Pada pendapat beliau, parti-parti yang berpusat di Semenanjung Malaysia tidak akan pernah memahami perjuangan rakyat Sarawak.
Rayong akan bertanding pada PRU15 untuk menjadi ahli parlimen Lubok Antu buat kali pertama.

Beliau pertama kali dipilih sebagai ADUN Engkilili pada 2006 dan menjadi ADUN kawasan itu sejak dipilih baru-baru ini pada pilihan raya negeri 2021.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu
  • Ketua Pemuda Parti Sarawak Bersatu
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P203 Lubok Antu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P203 Lubok Antu N33 Engkilili