JOSEPH JAWA KENDAWANG

Dr Joseph Jawa Kendawang adalah calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N49 Ngemah, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Dilahirkan di Sg Bawan, Kanowit pada 9 Okt 1954, Beliau lulus dari Universiti Aberdeen di Scotland dengan BSc (Perhutanan) pada tahun 1982; Sarjana Sains (Perhutanan Tropika) dari Universiti Gottingen, Jerman pada tahun 1999 dan PhD dari Universiti Kochi di Jepun pada tahun 2005.

Beliau berkhidmat di bawah Jabatan Hutan Sarawak mulai 8 Okt 1974 dan bersara pada 8 Okt 2014 sebagai penolong pengarah kanan dan kemudiannya ditugaskan sebagai ketua Bahagian Penghutanan Semula dan Hutan Tanam di jabatan itu.

Pencapaian
Kerjaya:

Lantikan dalam GLC dan agensi:

  • Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hutan Sarawak (1974 hingga 2014)
  • Ketua Bahagian Penghutanan Semula dan Hutan Tanam Jabatan Hutan Sarawak
Pendidikan:
  • Universiti Aberdeen di Scotland dengan BSc (Perhutanan) (1982)
  • Sarjana Sains (Perhutanan Tropika) dari Universiti Gottingen, Jerman (1999)
  • PhD dari Universiti Kochi di Jepun (2005)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P210 Kanowit N49 Ngemah