FADHIL MOHAMAD ISA

Fadhil Mohamad Isa yang lebih dikenali sebagai 'Cardock'  adalah calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Dudong, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau merupakan bekas pembaca berita yang kini antara YouTuber terkenal di Sarawak

Cardock terpanggil untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong selepas melihat sebahagian besar masyarakat di situ masih ketinggalan menikmati liputan Internet.

Cardock berdepan saingan lapan penjuru di kerusi berkenaan yang menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menurunkan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing, sebagai calon.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas pembaca berita 
  • Youtuber terkenal
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P211 Lanang N52 Dudong