Racha Balang adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N80 Batu Danau.
Racha Balang diumumkan sebagai calon PKR untuk PRU15 di Parlimen Limbang oleh presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 November. Beliau adalah antara 12 muka baharu daripada 16 calon yang diumumkan Anwar di Miri.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Limbang.
Mempertaruhkan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), GPS diwakili Datuk Hasbi Habibollah manakala PKR diwakili Racha Balang.