WALSIN WILSON ENTABANG

Walsin @ Wilson Entabang adalah calon  Parti Sarawak Bersatu Dewan Undangan Negeri  (DUN)  N32 Simanggang pada  Pilihan Raya Negeri  (PRN)  Sarawak ke-12.

Wilson Entabang telah diumumkan sebagai calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) di kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden parti Dato Sri Wong Soon Koh sempena lawatan beliau ke Parlimen Sri Aman di Hotel Seri Simanggang di Sri Aman, hari ini.

Wong berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Parlimen yang diketuai Baru Bian telah mengesyorkan Wilson sebagai calon untuk kerusi Parlimen Sri Aman dan cadangan itu disokong sebulat suara oleh Majlis Presiden PSB.

Wilson dianggap calon terbaik untuk mewakili PSB untuk kerusi Parlimen Sri Aman. Sejak kekalahan tipisnya di Simanggang yang tewas hanya dengan perbezaan 176 undi, beliau tidak pernah berhenti bekerja. 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Sri Aman akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan juga seorang calon Bebas. 

Pencapaian
Akan dikemaskini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Sarawak Bersatu
Parti: PSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P202 Sri Aman

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P202 Sri Aman N32 Simanggang