BOBBY WILLIAM

Maklumat Diri
Pasangan
Bisaya
Anak
Nigel

Bobby William mendapat pendidikan dalam Diploma Pentadbiran Awam dan melanjutkan pelajaran seterusnya dalam Ijazah Sarjana bidang Perniagaan.

Menyertai perkhidmatan awam Sarawak, beliau meningkat menjadi pegawai kanan Lembaga Pemasaran Lada sebelum meletak jawatan untuk memulakan perniagaan.

Bobby mempunyai seorang isteri bernama Bisaya dan seorang anak angkat, Nigel.

Beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke12, 2021 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N75 Senadin sebagai calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Bobby William berkata beliau bersedia untuk menentang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sibuti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Bobby berkata, dia sudah cukup bersedia untuk pilihan raya kali ini dan jentera pilihan rayanya sedang giat bergerak di lapangan.

Sibuti akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon daripada PBDS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Kakitangan awam Sarawak
  • Pegawai kanan Lembaga Pemasaran Lada
  • Ahli Perniagaan.

Jawatan dalam Parti:

Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)

Pendidikan:
  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Ijazah Sarjana bidang Perniagaan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
Parti: PBDSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P218 Sibuti

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P219 Miri N75 Senadin