Peter Hee Leh Keng mulai menyertai politik bersama-sama DAP, pada 2011 dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada bekas ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon, sepanjang beliau berkhidmat sejak Mei, 2016 hingga Februari, 2020.
Sepanjang penglibatan bersama DAP, beliau diberi kepercayaan menjawat beberapa jawatan penting dalam parti kerana komitmen, kerja keras serta kelantangan dalam bersuara.
Kini, Hee merupakan Ketua Pemuda DAP Sarawak dan Setiausaha DAP Cawangan Piasau, selain pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Miri (2019 hingga 2020).
Meskpun bekerja sendiri, beliau tidak mahu memandang rendah kepentingan pendidikan dan kini masih lagi menyambung pembelajarannya dengan Open University Malaysia (OUM) dalam pengajian perniagaan dan pengurusan, ke peringkat ijazah.
Fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, selain bahasa ibunda sendiri, Peter yang bekerja sendirim amat berminat dengan penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan terkini dalam negara.