JEFFERSON JAMIT UNYAT

Jefferson Jamit Unyat merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga pengerusi protem cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bukit Goram.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N63 Bukit Goram sejak tahun 2016 apabila menang menentang calon DAP Larry Asap.

Bukit Goram merupakan satu daripada kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kapit. Dua lagi kerusi DUN ialah Pelagus dan Katibas.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Setiausaha Politik Ketua Menteri
  • Pengerusi protem cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bukit Goram.
  • ADUN Bukit Goram
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P215 Kapit N63 Bukit Goram