WEL MAXWEL ROJIS

Wel @ Maxwel Rojis merupakan calon AMANAH bertanding di Parlimen P201 Batang Lupar, Sarawak  pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Batang Lupar sudah mula membayangkan beberapa pendekatan yang akan ditawarkan sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Calonnya, Wel @Maxwell Rojis berkata, usaha itu akan dilakukan dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di parlimen tersebut.

Beliau berkata, tiga pendekatan yang akan dititikberatkan di Parlimen itu ialah isu kemiskinan rakyat, penubuhan balai bomba dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) baharu. Katanya  pembangunan infrastruktur jalan raya yang giat dijalankan di kawasan pesisir itu tidak cukup menjamin kehidupan dan keselesaan rakyat.

Beliau berharap dapat diberi mandat semula menjelang PRU-15 ini bagi menyambung semula kepimpinan PH yang terdahulu hanya memerintah selama 22 bulan.

Pencapaian
Akan dikemaskini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P201 Batang Lupar N27 Sebuyau