SAINI KAKONG

Maklumat Diri
Asal
Kampung Kendaie, Lundu

Pesara guru besar, Saini Kakong diumumkan sebagai calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) di DUN Opar pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-12. 

Saini berusia 60 tahun merupakan Dayak Salako Rara yang merupakan anak jati Opar yang berasal daripada Kampung Kendaie, Lundu.

Saini berpendidikan Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan UiTM dan berpengalaman profesional sebagai guru dari tahun 1982 sehingga 2021. 

Saini pernah menyandang jawatan guru biasa pada tahun 1982 sehingga 1988 di Sekolah Kebangsaan Kendaie, Lundu dan dinaikkan pangkat pada tahun 1989. 

Saini berkhidmat sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Lundu dari tahun 2018 sehingga sekarang.

Saini pernah berkhidmat sebagai ahli biasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Opar pada tahun 2019.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pesara guru
  • Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Lundu
  • Ahli biasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Opar
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan UiTM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
Parti: PBDSB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P192 Mas Gading N1 Opar