Khairul Ahmat calon Bebas bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Demak Laut pada Pilihan Raya negeri (PRN) Sarawak Ke-12.
Logo bendera parti beliau adalah lambang rumah dan beliau sangat berjiwa politik dan berjiwa rakyat, sanggup lakukan yang terbaik demi rakyat.
DUN Demak Laut yang mempunyai 14,813 pemilih berdaftar menyaksikan persaingan empat penjuru antara penyandang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Hazland Abg Hipni; calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Jen Peli; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Yatika Jelani dan Khairul.