PHILIP KELANANG DIUNG

Maklumat Diri
Asal
Sibu, Sarawak

Philip Kelanang Diung adalah calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kakus, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau merupakan seorang pesara guru sekolah menengah. Beliau mula mengajar di Sekolah Menengah Bintulu pada tahun 1975 hingga 1980. kemudian berpindah ke SMK Balai Ringin pada Januari 1981 hingga Disember 1983. 

Philip Kelanang merupakan seorang ahli seumur hidup kepada Serakup Dayak Iban (SADIA) di Kuching.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SADIA Kuching pada tahun 2001 hingga 2004. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekerja sendiri
  • pesara guru sekolah menengah
  • Pesara eksekutif penjualan

Penglibatan sosial:

  • Timbalan Pengerusi SADIA Kuching
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Sumber Manusia di University of Southern Queensland, Australia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bumi Kenyalang
Parti: PBK
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P214 Selangau N60 Kakus