UGIK SELIPEH

Ugik Selipeh adalah calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kakus, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Ugik merupakan seorang persara guru yang telah berkhidmat dan mengajar selama 29 tahun. Beliau telah secara rasminya diumumkan sebagai Calon No. 2 di N.60 KAKUS dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-12. 

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Rh. Barrau, Pasir Nangka, Ulu Anap Tatau dan sememangnya merupakan anak watan/tempatan daerah Tatau mahupun Kawasan N.60 Kakus itu sendiri.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Seorang persara guru
Pendidikan:
  • Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching (1988-1990)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian Open University Malaysia (OUM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P214 Selangau N60 Kakus