ZAINAB SUHAILI

Maklumat Diri
Asal
Matu, Sarawak

Zainab Suhaili adalah calon Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N44 Jemoreng, Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. Ayahnya, Suhaili Haji Kaderi berasal dari Kampung Treng Sekaan Matu manakala ibunya, Siti Hawa Haji Bujang berasal dari Kampung Tengah Tian Matu. 

Selepas bersara, Zainab yang juga Ketua Wanita Amanah Sarawak bertanding di Jemoreng pada pilihan raya negeri ke-12 pada Disember 2021. Beliau hanya memperoleh 244 undi. Datuk Juanda Jaya dari PBB menang dengan 5,623 undi. Osman Rafaie bebas mendapat 611 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Tanjong Manis, Zainab Suhaili, menyasarkan untuk memperjuangkan Sarawak yang lebih baik pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

Zainab, 53, dilahirkan di Matu Daro dan dibesarkan di Sibu. Beliau yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama kira-kira 30 tahun dan ibu kepada lapan anak berkata, beliau memilih untuk bersara awal pada 2021 untuk terlibat dalam politik kerana perbezaan pembangunan antara negeri di Malaysia Barat dan Sarawak.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pesara guru Pendidikan Islam

Jawatan dalam politik:

  • Ketua AWAN Sarawak
  • Penyelaras Amanah Parlimen N207 Igan
  • Penyelaras Amanah DUN N44 Jemoreng

Penglibatan masyarakat:

  • Jawatankuasa guru Pendidikan Islam Bahagian Sibu (2008-2012)
  • Jawatankuasa Masjid Babussalam Kampung Jariah Sibu (2012-2013)
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab  Matang, Kuching
  • Maktab Perguruan Batu Lintang (1991-1994)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Terbuka Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P206 Tanjong Manis

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P207 Igan N44 Jemoreng