PENGUANG MANGGIL

Datuk Dr Penguang anak Manggil dilahirkan pada 4 Ogos 1954 adalah wakil rakyat dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP).

Beliau anak tempatan Miri berusia 66 tahun juga adalah Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi.

Datuk Dr Penguang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN beliau iaitu N76 Marudi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-12, 2021 sebagai calon dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri Muda Kerajaan Tempatan
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam Perhutanan (Kepujian) dari Kolej Pertanian Malaya (UPM) 1978.
  • Sarjana Sains (MSc) dalam Pengurusan Sumber Universiti Edinburgh di Scotland (1989) 
  • Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam pengurusan hutan lestari Universiti Antarabangsa Ireland (IIU) antara 1998 dan 2001
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: SPDP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P220 Baram N76 Marudi