Kenneth Usang George Lagong adalah anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan merupakan anak saudara kepada mendiang Masing yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Baleh sejak 1983.
Kenneth adalah calon DAP yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke12 bagi kawasan N64 Baleh.
Dun Baleh menyaksikan pertandingan empat penjuru, melibatkan anak saudara mendiang Masing, Nicholas Kudi Jantai Masing yang mewakili GPS, Kenneth Usang George Lagong (DAP), Irwan Iskandar Sukarno Layau mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Koh Kumbong daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).