RAZALI IDRIS

Maklumat Diri
Email
zalideris@gmail.com
Tarikh lahir
15/7/1966
Anak
Tiga anak

Pengerusi Ketengah, Senator Datuk Razali Idris merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu setelah menang bertanding bagi penggal 2019-2022.

Beliau merupakan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Terengganu dilahirkan pada 15 Julai 1966.

Razali telah dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara pada 27 Ogos 2018 dan kini menyandang Timbalan Presiden Majlis Senator dan Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat, Dewan Negara.

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU), beliau bertanding di Parlimen Hulu Terengganu namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosol Wahid dalam pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Pas, Muhyidin Abd Rashid.

Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) N30 Kijal pada PRN Terengganu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Senator Ahli Dewan Negara (2018 hingga kini)
  • Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (2018 hingga kini)
  • Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat, Dewan Negara (kini)

Lantikan jawatan dalam badan bukan berkanun:

  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) (2020 hingga kini)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Pusat
  • Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Terengganu 
  • Ketua Bersatu Bahagian Marang
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P38 Hulu Terengganu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P37 Marang N19 Ru Rendang
  • PRU PRN15- P40 Kemaman N30 Kijal