Mohan Singh adalah calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka kali ke-15 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Gadek menentang lima lagi calon.
Beliau yang juga bekas anggota tentera laut mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri dan mungkin menjadi yang pertama daripada masyarakat Sikh Melaka berbuat demikian.