Mohd Zahar Hashim

Maklumat Diri
Asal
Masjid Tanah, Melaka
Tarikh lahir
7/2/1958
Pasangan
Datin Zainani Samsuddin
Anak
3

Mejar Jeneral (B) Datuk Mohd Zahar Hashim adalah calon Bebas bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang, Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Beliau sedia menggunakan pengalaman dan kemahiran yang dipelajari dalam tempoh 40 tahun perkhidmatan sebagai perajurit untuk membawa perubahan di Sungai Udang serta Melaka.

Beliau  telah ditauliahkan ke RAMD pada 23 Jun 1979 lalu ditempatkan di 22 RAMD dan atas minat yang amat mendalam dalam bidang perisikan.

Mohd Zahar memohon untuk bertukar ke KRD dan pada tanggal 1 Jul 1988 hasrat beliau untuk bertukar kor telah diluluskan dengan jawatan Pegawai Staf 3 Risik di Pejabat Perisikan Tentera Pahang sebagai tugasan pertama dalam kor yang baharu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas tentera
  • Pernah mengetahui Kor Risik Diraja 
  • Task Force Perisai Wira Bahagian Staf Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Penglibatan sosial:

  • Presiden Kelab Veteran Kor Risik Malaysia (KVRM)
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Masjid Tanah
  • Royal Military College of Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • University Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P136 Tangga Batu N11 Sungai Udang