Muhammad Ariff Adly Mohammad bakal menentang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Setiausaha Amanah Melaka Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Gelanggang pertembungan tiga pemimpin parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas semakin sengit dengan kemunculan seorang lagi pesaing, iaitu calon Bebas.