MOHD AZRUDIN MD IDRIS

Mohd Azrudin Md Idris adalah calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Bersatu bagi Parlimen Hang Tuah Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau merupakan penerima pingat Mejar Bersekutu Pertahanan Awam selain anugerah Ahli Mangku Negara (2021) dan Bintang Khidmat Terpuji (2019).

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu namun tewas kepada calon-calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Urusan Syarikat Zaris Sdn Bhd, Kontraktor G6, Kontraktor membekal makanan bermasak
  • Ahli perniagaan
  • Pengerusi MAIM Bentara Sdn Bhd (2020-2021)
  • Lembaga Pengarah Melaka ICT Holdings (2020-2021)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya
  • Bendahari Bersatu Negeri Melaka
  • Bendahari Perikatan Nasional Negeri Melaka

Penglibatan sosial:

  • Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Melaka
  • Pengerusi Pertubuhan Angkatan Perpaduan Bersatu (NGO)
  • Penasihat Pertubuhan Kepimpinan Melayu Malaysia Negeri Melaka
  • Penasihat Kelab Belia Bumiputera Bukit Katil
  • Ahli Angkatan Sunah Pertubuhan Rumah Ngaji Negeri Melaka
Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru Melaka
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Open University Malaysia (Final semester)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P137 Hang Tuah Jaya

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P137 Hang Tuah Jaya N15 Pengkalan Batu