Mohamad Asri Ibrahim adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Melaka kali ke-15, 2021 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N4 Lendu.
Beliau mempunyai kualiti kepimpinan dan ingin membina masyarakat yang cinta ilmu.
Beliau juga berminat mendalami seni silat dan kompang melayu.
Mohamad Asri tekad mahu membanteras sarang penagihan dadah di DUN Lendu dengan mewujudkan kerjasama antara AADK, polis dan masyarakat.