Muhammad Al Afiz Yahya

Maklumat Diri
Asal
Hospital Besar Melaka
Anak
4

Muhammad Al Afiz Yahya adalah calon Parti Se-Islam Malaysia (PAS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Bukit Katil, Melaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Melaka 15.

Beliau merupakan Pengarah program Amal Mega Blood Donation (AMBD).

Beliau menawarkan kepimpinan amanah, berintegriti dan bertanggungjawab untuk rakyat Melaka, khususnya di DUN Bukit Katil.

Muhammad Al Afiz berhasrat untuk memastikan pengurusan saluran bencana banjir di Melaka dapat diuruskan dengan lebih efektif.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan

Jawatan dalam politik:

  • Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (2021-2023)
  • Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (2019-2021)
  • Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka (2017-2019)
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil (2015-2017)
  • Ketua Pemuda Pas Cawangan Bukit Beruang (2012-2021)

Penglibatan sosial:

  • Pengerusi Pertubuhan Amal Prihatin Negeri Melaka
  • Pengarah Program Pusat Pemberian Vaksin Negeri Melaka 
  • Setiausaha JPKK Bukit Beruang Jaya
Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka
  • Maahad Ar Rahman, Solok Gaung, Bukit Lintang Melaka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka
  • Kolej Pengajian Islam (Marsah)
  • Pondok Baitul Qurro Wal Fuqoha, Sungai Udang Melaka
  • Maahad Azhar, Mesir Talaqi Quran dan Bahasa Arab
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P137 Hang Tuah Jaya N17 Bukit Katil