Mohamad Ali Mohamad adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka.
Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sejak 16 Disember 2020 dan Anggota Dewan Negara sejak 20 Mei 2020.
Mohamad pernah menjadi guru selama sepuluh tahun dan mempunyai pengalaman sebagai ahli perniagaan.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang dalam pertandingan empat penjuru melibatkan beliau sendiri mewakili Barisan Nasional (BN), dan calon-calon dari Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), dan calon Bebas.