Fairul Nizam bin Roslan

Maklumat Diri
Tarikh lahir
2/8/1978

Fairul Nizam bin Roslan merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah.

Beliau merupakan muka baru yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Lebih mesra dipanggil Along, beliau memegang prinsip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kena jaga rakyat dari dalam perut sampai ke liang lahad.

Beliau mementingkan pembangunan pendidikan anak-anak di DUN Asahan kerana yakin pendidikan berupaya menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi keluarga, negeri dan negara.

Calon BN sebelum ini di DUN tersebut, Abdul Ghafar Atan yang merupakan penyandang kerusi itu tidak disenaraikan, dan digantikan dengan Fairul Nizam.

DUN Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Fairul, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron yang kini mewakili Pakatan Harapan, calon Perikatan Nasional, Dhanesh Basil dan tiga calon Bebas.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Inspektor Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah (2000-2005)
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) (2005-2020)
  • Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Bekal Sdn Bhd (2020-kini)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka 
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah
  • Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan - Universiti Terbuka Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Open University Malaysia
  • Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Open University Malaysia (2015-2016)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P135 Alor Gajah N10 Asahan