Ruslan Muharam adalah ahli perniagaan mula menyertai politik sejak tahun 1995 setelah dilantik Pengerusi cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) kampung Lalanggut Suasa Beaufort.
Kemudian beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Bahagian PBS Lumadan pada 1999 dan dilantik Naib Presiden PBS pada 2003 sehingga kini.
Selain terlibat dalam dunia politik, beliau juga terkenal dengan aktiviti kemasyarakatan dan badan bukan berkanun.
Beliau terus berbakti kepada masyarakat dan mulakan khidmat dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa tempat terjejas iaitu di Kampung Bukau, Lingkungan, Binunuk Ulu.
Selain itu, beliau juga turun padang meninjau beberapa lokasi kampung yang terjejas akibat banjir.