GHULAMHAIDAR YUSOF KHAN BAHADAR

Maklumat Diri
Pasangan
Datin Rosna Haji Mohd Yunus
Anak
1

Datuk Ghulamhaidar@Yusuf Khan Bahadar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang selama empat penggal sejak 2004 dan kini penyandang kerusi tersebut.

Merupakan ahli UMNO sebelum meninggalkan parti itu pada 2019 untuk menyertai Bersatu.

Pada Pilihan Raya Negeri  (PRN) Sabah ke-16, besan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ini bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang dalam pertembungan lima penjuru atas tiket Bersatu.

Calon lain yang turut bertanding ialah Abdul Rahim Lasim (PCS); Musli Sapan (Warisan); Awang Arip Nasib@Ag Arif Nasip (USNO) dan Janrywine J Lusin (LDP). 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
  • Pengarah Yayasan Sabah 
  • Pengerusi Eksekutif ICSB
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang

Jawatan dalam, parti:

  • Ketua Bahagian Bersatu Papar (2020)

Anugerah diterima:

  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P175 Papar N28 Kawang