LU YEN TUNG

Lu Yen Tung adalah seorang ahli perniagaan yang mula menjinakkan diri dalam arena politik pada tahun 1995.

Selama 25 tahun beliau merupakan ahli setia MCA dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Sepanjang tempoh berkenaan, Yen Tung pernah berkhidmat sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat selama sembilan tahun di Kapayan.

Kini beliau diberi peluang untuk memacu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini apabila akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ahli perniagaan

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua Pemuda MCA bahagian Gaya
  • Pengerusi MCA Sabah
  • Ketua Bahagian MCA Sepanggar (2018-kini)

Penglibatan lain:

  • Penasihat Klinik Kesihatan Inanam (2016-2018)
  • Pemimpin Kemajuan Rakyat Kapayan, Jabatan Ketua Menteri (2004-2013)
  • Setiausaha Persatuan Hokkien Kota Kinabalu (2019-kini)
  • Lembaga Pengarah SM Kian Kok Kota Kinabalu (2017-2019)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P174 Penampang N25 Kapayan