NORAINI SULONG

Bekas Ketua Wanita UMNO Sandakan, Noraini Sulong memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Noraini yang memilih lambang kapal terbang bertembung dengan pertandingan tujuh penjuru dalam kawasan DUN Tanjong Papat yang memiliki seramai 14,287 jumlah pengundi.

Calon lain yang bertanding di kawasan itu ialah Chung Yu Seng dari Parti Cinta Sabah, Lam Jin Dak (Parti Liberal Demokratik); Ken Yong (Perikatan Nasional); Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Frankie Poon Ming Fung (Parti Warisan Sabah); Mohd Yunus Apil (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu - USNO) dan Jamal Ali (Parti Perpaduan Rakyat Sabah).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Lembaga LPKP Sabah (2016-2019)
  • Pengerusi Persatuan Perlindungan Malaysia Sabah (2008)
  • Setiausaha Kelab Payung Terjun Sandakan (2007)
  • Timbalan Pengerusi Bola Sepak Wanita Sandakan (2007)
  • Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kebajikan Chesire Home Sandakan (2007)
  • Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Sandakan (2003 hingga kini)
  • Naib Pengerusi Pemadam Sandakan (2003 hingga kini)

Jawatan dalam parti:

  • Bekas Ketua Wanita UMNO Sandakan (2013-2019)
  • Ketua Puteri UMNO Sandakan (2000-2009)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, Universiti Malaysia Pahang 
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P186 Sandakan N56 Tanjong Papat