Jimmy Palikat telah mengikuti Pilihan Raya Negeri kali ke-16 bagi merebut kerusi DUN N39 Tambunan setelah menyimpan hasrat ingin mengikut jejak langkah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Jimmy, anak jati Tambunan telah berentap dalam pertembungan enam penjuru berdepan timbalan menteri kerajaan persekutuan Jeffrey Kitingan (Star) dan calon parti lain Laurentius Nayan Yambu (Upko), Sylvernus Bruno (PBS), Damian Richard Marcus Podtung (Parti Cinta Sabah), dan Nordin Jani (Parti Gagasan Rakyat Sabah).
Beliau yang sebelumnya merupakan penyanyi tempatan dan popular dengan lagu 'Anak Kampung' nekad memulakan langkah dalam politik sebagai calon BEBAS.
Meskipun mengalami detik menyedihkan apabila bapa beliau meninggal dunia beberapa hari sebelum bertanding, beliau tetap kembali berkempen setelah berkabung dan bertanding bagi memenuhi hasrat bapanya.