Hafeezatul Halimah Mohamad dicalonkan untuk bertanding Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 DUN Ke-16 bagi kerusi N72 Merotai dengan logo Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu.
Hafeezatul Halimah telah berdepan dengan Shim Nyat Yun dari Parti Liberal Demokratik (LDP), Sarifuddin Hata dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Abdulllah Palile (Parti Cinta Sabah), Mohamad Jalani Vhachu dari Perikatan Nasional (PN) dan Liew Yun Fah dari Parti Harapan Rakyat (HR).
Pernah mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Tun Abdul Razak, beliau merupakan SUK Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri di Ballroom Wisma Wanita, Kota Kinabalu.