Baharuddin Bin Basrie merupakan anak ke 3 daripada 7 orang adik-beradik.
Dilahirkan pada 3 April 1985 dibesarkan di Kampung Harapan, Wallace Bay Pulau Sebatik.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wallace Bay, dan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Wallace Bay.
Semasa di sekolah beliau merupakan seorang pengawas sekolah yang telah dipilih atas sebab jiwa kepimpinan yang jelas dalam keperibadian beliau.
Selepas tamat pengajian di peringkat SPM, atas sifat berdikari yang tinggi dan menyedari tanggungjawab yang besar perlu dipikul sebagai anak anak lelaki beliau telah menceburi bidang perniagaan ikan Bersama keluarganya.
Tidak hanya berniaga ikan, beliau juga telah terlibat dalam dunia perniagaan komunikasi telefon bimbit, selain itu beliau juga bergiat aktif dalam perniagaan Multi Level Marketing Sistem yang membawa beliau kepada perbagai kursus usahawan.
Beliau juga telah meneruskan legasi arwah mama beliau apabila menceburkan diri dalam perniagaan makanan dengan membuka 2 buah Restoran Ikan Baulu yang berada di Takada Cik Mir Resepi dan di Community Cafe Fajar Baulu Fajar.
Beliau dikenali dengan seorang ahli perniagaan yang sentiasa mencuba pelbagai bidang.